Seorang kanak-kanak berumur tiga tahun, Sherwyn
Sarabi yang boleh membaca ketika berumur dua tahun, diiktiraf sebagai
antara manusia paling cerdik di dunia.
Sarabi dari Barnsley, South Yorkshire, memperoleh gelaran itu selepas
ujian kecerdikan otaknya (IQ) adalah sebanyak 136, menjadikannya
seorang daripada satu peratus penduduk dunia paling cerdik.
Kanak-kanak tersebut mula belajar membaca pada usia enam bulan dan
mula bertutur pada usia 10 bulan dan pandai menyusun perkataan pada usia
20 bulan.
Apabila berumur dua tahun, Sarabi boleh membaca, mengira dari 1
hingga 200, mengenal dan boleh menamakan nama negara, bendera, planet di
sistem suria selain bahagian anggota badan dan organ dalaman.
Ibu kanak-kanak itu, Amanda Sarabi, 36, berkata, anaknya itu mampu
menamakan setiap negara di dunia bersama bendera negara tersebut.''Dia juga boleh menerangkan fungsi anggota dalam badan.
''Pengetahuan umumnya juga mengagumkan. Dia tahu mengenai segalanya.
Apabila bercakap dengan dia tidak seperti bercakap dengan kanak-kanak
berumur tiga tahun,'' katanya yang merupakan seorang bekas guru.[utusan]