ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 24 Februari 2013

Pencuri 500 buah kubur ditangkap

Polis Taiwan telah menahan seorang suspek yang didakwa mencuri barangan kemas bernilai lebih AS$500,000 (RM1.5 juta) daripada beratus-ratus buah kubur di negara ini. 

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Cheng ditahan di wilayah Yunlin pada Jumaat selepas keretanya dikesan oleh sebuah kamera pengawasan di satu kawasan perkuburan yang diceroboh bulan lalu. 

Cheng memberitahu polis, dia mula mencuri barangan kemas daripada 500 buah kubur sejak tahun 2009 dengan tiga orang rakannya. 

Menurut polis, Cheng menggali kubur pada waktu malam dan menebuk lubang pada keranda. Mengikut adat orang Cina, mayat biasanya dikebumikan bersama barangan kesayangan mereka termasuklah barangan kemas.[kosmo]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...