ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 25 Februari 2013

Dibunuh kerana potong barisan

Seorang lelaki dibunuh dua remaja selepas dia memotong barisan untuk mengambil makanan buat anaknya dalam satu upacara keagamaan di Chiang Mai semalam.Polis Chiang Mai Kolonel Suchart Kan-ngen berkata, mangsa, Mon Lungpan, 43, berasal dari Myanmar.
Mon membawa isteri dan anaknya menghadiri upacara keagamaan di sebuah kuil di daerah Mae Taeng. Upacara itu dibanjiri orang ramai dan kebanyakan mereka bersesak-sesak beratur untuk mengambil makanan percuma.

Pergaduhan tercetus apabila Mon memotong barisan bagi mengambil makanan untuk anaknya. Dua remaja yang berdiri di belakangnya berang dengan tindakan itu dan seorang daripadanya mengelar tengkuk mangsa dengan serpihan kaca.[metro]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...