Lauren Marbe, 16, memeranjatkan gurunya apabila mencatatkan markah
161 pada ujian IQ Mensa selepas menduduki ujian itu secara suka-suka.
Markah ujian IQ dicatatkan anak pemandu teksi itu bermakna dia kini
lebih pintar daripada Professor Stephen Hawking, Bill Gates, malah
Albert Einstein yang semuanya mempunyai IQ 160.
Lauren kini tersenarai dalam persatuan Mensa yang bermakna dia secara
rasmi berada dalam kelumpuk satu peratus orang paling pandai di dunia.
Pelajar Sekolah Menengah Roding Valley itu yang diramal mencatatkan semua A dalam peperiksaan GCSE berkata, dia teruja dengan pencapaiannya.Lauren menduduki ujian IQ itu awal bulan ini.
Pelajar Sekolah Menengah Roding Valley itu yang diramal mencatatkan semua A dalam peperiksaan GCSE berkata, dia teruja dengan pencapaiannya.Lauren menduduki ujian IQ itu awal bulan ini.
Ibunya, Sue Marbe, pengetua sebuah sekolah rendah di Essex berkata: “Meskipun Lauren berambut blonde seperti gadis Essex lain, dia berjaya mengikis tanggapan semua pelajar perempuan Essex bodoh.”
Einstien tidak pernah menduduki ujian IQ kerana peperiksaan itu tidak wujud pada zamannya. Bagaimanapun, pakar percaya dia memiliki IQ 160.
Ujian IQ bertujuan menguji keupayaan kecerdikan pelajar. Di Britain, purata markahnya ialah 100.[kosmo]