“Saya mendengar arwah menarik nafas panjang ketika di rakaat kedua
sebelum dia terjatuh,” kata Azhar Nong, 48, rakan peniaga kain, Saidi
Salleh, 54, yang meninggal dunia ketika menunaikan solat Asar di surau
Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di sini, semalam.
Azhar dari Kampung Pulau Musang, di sini, berkata, sebelum
kejadian, dia bersama arwah serta beberapa jemaah lain yang
kebanyakannya peniaga di hentian bas berkenaan menunaikan solat Asar di
surau pada jam 4.50 petang.
“Arwah duduk di tepi saf kedua dan sebaik memasuki rakaat kedua,
saya yang berada di saf hadapan terdengar arwah menarik nafas panjang
dan selepas itu saya tidak lagi mendengar bunyi nafas arwah,” katanya
ketika ditemui di tempat kejadian.
Menurutnya, ketika mengambil wuduk, dia melihat arwah berada dalam keadaan tidak sihat dan hanya duduk di tempat wuduk.
Menurutnya, ketika mengambil wuduk, dia melihat arwah berada dalam keadaan tidak sihat dan hanya duduk di tempat wuduk.
“Bimbang dengan keadaannya, saya cuba membantu sebelum masuk ke
ruang sembahyang. Selesai sembahyang, saya melihat arwah tersandar pada
dinding surau dalam keadaan lemah dan pucat. Ketika itu denyutan nadinya
masih ada, tetapi seluruh badannya sejuk dan arwah disahkan meninggal
dunia 10 minit selepas itu,” katanya.[metro]