“Sekarang ini, saya mahu menyaksikan permainan dia,” kata lelaki
yang mendakwa suami kepada tunang Fizz Fairuz yang ingin dikenali
sebagai Ramli, 40-an.
Dia yang dihubungi Harian Metro semalam, bertegas bahawa Azlyn
Massiela Mohd Nazar, 26, adalah isteri keduanya yang dinikahi di Selatan
Thailand.
Malah, dia mengakui memiliki bukti kukuh mengatakan wanita itu
isteri keduanya namun enggan menunjukkan bukti itu kerana tidak mahu
memanjangkan kontroversi.
“Bukti surat nikah di Thailand ada, tapi saya enggan mendedahkan kerana keadaan semakin rumit. Saya juga sudah memberikan salinan kepada Fizz, tanya dia,” katanya.
“Bukti surat nikah di Thailand ada, tapi saya enggan mendedahkan kerana keadaan semakin rumit. Saya juga sudah memberikan salinan kepada Fizz, tanya dia,” katanya.
Kata Ramli, untuk mendapatkan kepastian perkahwinan terbabit, dia
meminta berjumpa ibu bapa Azlyn kerana pada awal pernikahan, mereka
mengetahui status sebenar.[metro]