Beribu-ribu penduduk dan pelancong dari seluruh dunia membaling buah tomato dalam acara perang tomato di sini kelmarin.
Dikenali sebagai Festival Tomatina, acara tersebut mirip festival serupa yang diadakan pada bulan Ogos setiap tahun di Sepanyol.
Para peserta dilihat bermain dengan longgokan tomato dan membaling
buah tomato ke arah satu sama lain di pekan Quillon, di selatan ibu
kota Chile, Santiago.
Balingan yang berlangsung selama sejam itu menyebabkan pekan kecil itu dipenuhi warna merah buah tomato.
Festival yang bermula pada tahun 1940-an di Sepanyol itu diadakan
sebagai simbolik kepada kerenah kanak-kanak yang bergaduh kerana
berebutkan makanan.[kosmo]