Seorang pelajar China nyaris maut selepas dirempuh kereta api ekspres
yang berkelajuan 144 kilometer sejam ketika bergaya untuk foto
‘artistik’ di tepi landasan kereta api.
Xiao Li, 20, meminta rakannya, Xiao Qing mengambil beberapa gambar
menarik dengan rambutnya mengerbang apabila kereta api berkenaan
melewatinya di Shaodong, Hunan di selatan China.
Bagaimanapun, ketika Li cuba melakukan gaya yang sesuai, dia tersandung di landasan yang berbatu itu betul-betul di laluan kereta api dan tercampak apabila kereta api melanggar bahu kanannya.
Bimbang dengan keadaan yang lebih
buruk, pemandu kereta api itu segera membrekkan kenderaan terbabit,
tetapi Li terselamat dan hanya mengalami lebam di bahu.
Li berkata: “Saya rasa tiba-tiba dilanggar dan saya tercampak di
tepi landasan. Kereta api itu berhenti dan pemandunya menyangka dia
mungkin telah membunuh saya.
“Saya tidak menyedari saya hampir
dirempuh. Bahu saya benar-benar lebam tetapi saya bertuah kerana masih
hidup.
“Mungkin lain kali kami akan mengambil gambar di tempat yang tertutup,” katanya. Jurucakap polis berkata: “Menceroboh masuk ke kawasan landasan adalah dilarang dan Li sudah pun mendapat pelajaran daripadanya.”[metro]