ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 18 Februari 2013

Tempat parkir paling bahaya di dunia

Sekumpulan pemuda di Iceland sanggup mengambil risiko untuk menyaksikan sendiri panorama berhampiran gunung berapi Eyjafjallajokull yang pernah meletus dengan kuat hingga menjejaskan kawasan Eropah pada tahun 2010.

Mereka turut meletakkan kenderaan pacuan empat roda masing-masing berhampiran kawasan aliran lava mencatatkan suhu 1,200 darjah Celsius.

Gambar ini yang dimuat naik oleh salah seorang peserta, Kristjan Freyr, 25, telah menjadi topik hangat di kebanyakan forum di internet dalam tempoh singkat.

"Jarak aliran lava itu dengan kawasan parkir kenderaan tersebut hanya kira-kira setengah meter. Suasana terbabit kelihatan seperti satu persembahan bunga api yang besar," katanya.[sinar]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...