Seorang tukang kasut mengumpul hasil bayaran sebagai pengilat kasut
selama 30 tahun untuk didermakan ke hospital pediatrik di Pittsburgh,
Amerika Syarikat.
Albert Lexie berkata, sepanjang tempoh itu, beliau mengumpul AS$200,000 (RM621 000) sejak 1980-an dan mengenakan upah AS$1 (RM3) kepada pelanggan di hospital berkenaan.
“Kebanyakan pelanggan memberi bayaran lebih termasuk seorang doktor yang memberikan AS$50 (RM150) kepada saya ketika Krismas tahun lalu," katanya.
Dr Joseph Carcillo berkata, Lexie menderma lebih daripada satu pertiga gaji seumur hidupnya kepada Kumpulan Wang Hospital Penjagaan Percuma Kanak-kanak, bagi membantu ibu bapa yang tidak mampu untuk membayar kos perubatan anak mereka.[sinar]