KENYATAAN MEDIA DR FADZILAH KAMSAH
Bismillahirrahmanirrahim. As salamu'alaikum shbt yg di muliakan Allah
SWT. Selawat & salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Di doakan
semuga kita semua di rahmati Allah SWT. Saya terpanggil utk memberi
penjelasan krn maruah keluarga saya terjejas & utk mengelakkan salah
faham & penjanaan dosa yg berterusan. Saya tak mampu nak jawab
semua isu, cuma nak sebut mana yg termampu. Mempertahankan maruah diri
& keluarga adalah jihad & jika mati dlm usha mempertahankan
maruah diri & keluarga, insya Allah di kira mati syahid.
Pertamanya saya memohon ampun & maaf kpd semua pihak yg
tersinggung dgn komen saya tersebut. Saya cuma seorg rakyat biasa &
bkn bercakap sbg org politik. Saya langsung tidak bermaksud utk
memalukan mana2 pihak. Amat malang sekali bila komen saya di politikkan
hingga menyebabkan kemarahan berbagai pihak.
Rakaman temuramah tersebut di lakukan di PWTC selepas majlis Bantuan
Amal Palestin. Saya telah di temuramah lebih 10 kali oleh berbagai
stesyen TV, radio, akhbar, majalah & blogger. Suasana sekitar yg
agak bising menyebabkan saya menguatkan suara saya utk menenggelamkan
kebisingan di persekitaran. Ini menyebabkan suara saya di anggap kasar
bila menjawab soalan2 yg di ajukan. Bila dah menjawab terlalu byk
soalan, maka soalan drp blogger (penemuramah terakhir) saya jwb dlm
kedaan yg tergesa gesa & mungkin tak berfikir dgn mendalam.
Bila bercakap tentang kezaliman, saya memberikan pandangan secara
umum & membandingkan situasi di Malaysia dan situasi &
penderitaan rakyat Palestin. Di Majlis Bantuan Amal palestin itu kita
telah di terangkan melalui ucapan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad,
mengenai kezaliman Israel terhadap saudara seIslam kita di Palestin. Itu
sebab saya katakan, berbanding penderitaan rakyat Palestin, kita di
Malaysia amat bahagia & tidak di zalimi. Inilah konteks hujah saya
ketika itu.
Sejak kecil saya telah di didik oleh ibubapa & guru2 saya utk
sentiasa berbuat baik kpd org lain, membantu org lain setakat kemampuan
& mendoaakan kebaikan org lain. Justeru, saya amat sedih bila org
mendoakan kehancuran saudara seIslam sama ada di Malaysia atau di mana2
di dunia ini. Saya juga amat sedih jika tindakan kita itu di salah
ertikan oleh org bukan Islam di Malaysia. Tindakan sedemikian juga boleh
memberi ganbaran yg kurang positif kpd anak2 yg masih belum mampu
berfikir dgn rasional spt org dewasa. Saya yakin masih byk cara yg lebih
tertib & berhikmah yg boleh di gunakan.
Saya lihat diri saya sebagaai guru & pendakwah kerdil (walaupun
saya bkn ustaz & jahil agama), dan akan berterusan mencari ilmu,
berkongsi ilmu & membantu sesiapa saja yg perlukan bantuan nasihat
& kaunseling. Inilah jihad kecil yg saya akan lakukan hingga akhir
hayat saya.
Saya juga telah memberi teguran setakat kemampuan kepada berbagai
pihak termasuk media di Malaysia melalui kursus yg saya kendalikan atau
prog motivasi di media tempatan. Insya Allah teguran saya tidak tertumpu
kpd pihak2 yg tertentu sahaja. Saya tak takut kpd sesiapapun di dunia
ini, saya cuma takut kpd Allah SWT.
Di Mekah & Madinah tempohari saya telah berpesan kpd sahabat2
dari Malaysia utk tidak lupa mendoakan keselamatan Malaysia, agar semua
org Islam di Malaysia bersatu & kita mati dalam husnul khatimah.
Saya amat sedih bila gambar2 anak2 saya yg sudah lebih 9 tahun yg
lalu, di sebarkan semula. Gambar anak lelaki saya & isterinya juga
di sebar seolah2 gambar masa berdating, walhal itu gambar2 selepas mrk
berkahwin. Insya Allah anak2 saya telah berubah & saya telah
berwasiat kpd mereka utk: Jaga solat 5 waktu, baca Quran tiap hari,
tutup aurat setiap masa, buat apapun dgn terbaik, bantu org & jangan
menyusahkan org lain.
Pesan Nabi SAW: Barangsiapa yg menutup aib saudaranya, maka Allah
akan tutup aibnya di dunia & di akhirat. Saya seru diri saya &
shbt yg di muliakan supaya tidak mengaibkan sesiapa di dunia ini. Bila
nampak org buat silap, nasihatkan dia jika mampu & doakan agar Allah
beri mrk hidayat, segera bertaubat & dpt berubah. Bila kita
mengutuk org lain, kita seolah olah mengatakan kita ni sempurna &
kita lebih baik drp org yg di kutuk itu.
Ingat pesanan Imam al Ghazali: Jika kamu nampak org jahat depan kamu,
jgn sangka kamu lebih baik drp org itu. Org yg jahat itu mungkin sempat
bertaubat sebelum mati, & kita yg kononnya baik ini (pastinya byk
dosa) belum pasti sempat bertaubat sebelum mati.
Kita tidak maksum & semua kita buat silap. Org yg bertaubat,
insya Allah akan di ampunkan semua dosanya. Moga shbt yg mulia dpt
ampunkan semua dosa kami sekeluarga.
Dengan rendah diri saya memohon agar saudara Norsammudin dapat
menurunkan atau delete video tersebut & semua shbt dpt delete
gambar2 yg boleh memalukan keluarga saya. Doakan saya sekeluarga agar
dpt menjadi insan yg Allah redha & dapat memberi sumbangan kpd
rakyat di Malaysia.
Salam hormat & salam ukhwah drp saya sekeluarga. Moga Allah rahmati & lindungi kita semua. Aamiin. Wassalam.
-Dr Fadzilah Kamsah-
Baru tahu kes ni....
BalasPadamKena tgk video