Para pengunjung satu pameran di Austria hanya dibenarkan memakai stokin dan kasut untuk menyaksikan pameran Nude Men from 1800 to Today.
Diadakan di Muzium Leopold dan menampilkan 300 lukisan, gambar
fotografi serta patung lelaki bogel sejak dari tahun 1800, pameran
tersebut disaksikan oleh sekitar 60 pencinta seni kelmarin.
"Saya agak gemuruh," kata seorang pekerja pejabat, Herbert Korvas
semasa menunggu untuk masuk ke dewan pameran itu bersama beberapa pemuda
lain.
Dia dan beberapa pengunjung lain hanya memakai stoking dan kasut.
Walaupun kesejukan, Korvas memberitahu, dia tertarik untuk menyaksikan
pameran bogel itu kerana ia menawarkan sesuatu yang berbeza.
Tidak lama selepas itu, situasi kembali normal apabila para
pengunjung berbual dan bertukar-tukar fikiran sambil menyaksikan koleksi
tersebut.Pameran unik itu berjaya menarik lebih 100,000 pengunjung setakat ini.[kosmo]