ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 26 Februari 2013

Bayi maut tercampak dari kereta

Seorang bayi berusia 20 bulan terbunuh manakala lima ahli keluarganya yang lain cedera parah apabila kereta dinaiki mereka terbabas di Kilometer 26.51 Lebuhraya Karak, petang kelmarin.
 
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa yang terbunuh, Della Loh Zi Qing bersama dua lagi penumpang lain dipercayai tercampak keluar dari kereta dinaiki.

Jurucakap Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak berkata, kesemua mereka dari arah Gombak ke Kuala Lumpur dikejarkan ke hospital sejurus selepas kejadian.

Bagaimanapun, bayi yang mengalami kecederaan dalaman serius disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Selayang.Beliau berkata, siasatan awal mendapati kereta berkenaan dinaiki enam penumpang termasuk bayi itu. 

Menurutnya, kereta berkenaan dipercayai terbabas dan berpusing hingga masuk ke laluan kiri jalan.“Tiga penumpang termasuk bayi berkenaan tercampak keluar dari kereta manakala mangsa lain yang beralamat dari Taman Mawar, Jelebu, Negeri Sembilan hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya. 

Kes dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Sehubungan itu, saksi kemalangan atau mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak,  Inspektor Muhamad Izam Ibrahim di talian 03-61262273, 03-61262257 atau 013-2006111 untuk membantu siasatan.[sinar]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...