ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 21 Februari 2013

Mohd Mentor nafi dakwaan rogol

"Memang betul saya sudah dibebaskan selepas ditahan reman tujuh hari tanpa ikat jamin dan buat masa sekarang saya belum berani menjelaskan dengan lebih lanjut lagi kerana perkara ini masih lagi dalam siasatan.

"Tidak dinafikan insiden terbabit menjejaskan periuk nasi saya. Banyak 'show' yang telah dibatalkan termasuklah pelantikan saya sebagai duta Kementerian Pengajian Tinggi yang telah ditangguh," kata juara rancangan realiti Mentor musim keempat, Mohd  Mentor kepada Media Hiburan hari ini.

Katanya lagi, "selain itu, saya juga perlu menanggung malu kerana orang memandang serong terhadap saya.""Ada juga yang bertanya akan kesahihan cerita tersebut, apa yang boleh saya cakap semua masih dalam siasatan," kata Mohd Mentor lagi.

Ditanya sejauh mana hubungannya bersama penyanyi wanita tersebut sehingga tercetusnya insiden seperti yang dilaporkan, Mohd memberitahu:

"Saya tidak pernah bercinta dengannya.""Hubungan kami hanya rakan artis. Sebulan kami berkenalan, saya jadi pelik kerana dengan tiba-tiba dia mengajak saya untuk berkahwin dan saya pun jadi musykil."Selepas saya menolak berlakulah seperti apa yang dilaporkan," katanya lagi.

Mohd juga memberitahu dia akan mengadakan sidang media bagi membersihkan namanya selepas semua siasatan selesai dijalankan.

Mangsa dikatakan dirogol kira-kira jam 12.40 tengah hari pada 31 Januari lalu di rumah pemuda tersebut di Ukay Perdana, Ampang.[sinar]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...