ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 8 Februari 2013

Baru 9 tahun dah beranak

Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dilapor melahirkan anak.Pihak berkuasa Mexico berkata semalam, kanak-kanak itu melahirkan bayi perempuan seberat 2.6 kilogram pada 27 Januari lalu di Hospital Zoquipan, di negeri Jalisco, barat negara itu. 

Ibu kanak-kanak terbabit yang dikenali sebagai Dafne memberitahu pihak berkuasa tempatan: “Anak saya sangat gemuk ketika hamil. 

Bapa bayi itu ialah remaja berusia 17 tahun, tetapi kami belum lagi bertemunya kerana dia melarikan diri.” Jorge Villasenor dari pejabat pendakwa raya berkata: 

“Kami masih memburu remaja lelaki itu untuk mendapatkan maklumat daripadanya kerana kanak-kanak perempuan terbabit tidak faham apa yang berlaku.

“Ini adalah kes pemerkosaan atau penderaan seks kanak-kanak,” katanya. Kanak-kanak itu dan anaknya yang dalam keadaan sihat keluar dari hospital hujung minggu lalu.[metro]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...