ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 25 Jun 2011

Pisang oh pisang

Hari ni aku nak kongsi ngan korang pasal khasiat memakan pisang.tetiba aku jumpa artikel ni tadi kat kosmo.jom layann...
Pisang sering menjadi pencuci mulut di negara ini. Secara amnya, kandungan potasium pisang menyebabkan ia disyorkan oleh para doktor untuk pesakit yang kekurangan sumber itu.Sebagai contoh, sebiji pisang sepanjang 22 sentimeter (sm) mengandungi 600 miligram potasium.Pakar perunding diet, Indra Balaratnam berkongsi maklumat berguna tentang khasiat buah pisang.Menurut Penolong Setiausaha Persatuan Pakar Diet Malaysia itu, kajian makmal menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus.“Ketika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan berpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus glukosa.

Pisang

Antara khasiat pisang:
-Membekalkan tenaga kepada  wanita hamil bagi melawan dan menyembuhkan penyakit.

-Mengatasi penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah, kerana pisang membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.

-Menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok.

-Kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari.

-Mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.

-Dipercayai mampu membebaskan daripada masalah penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok itu secara beransur-ansur.

-Mengelakan  masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan.

-Boleh mengatasi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja dengan memakan pisang setiap dua jam.

-Mengawal kandungan gula dalam darah.

-Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk.

*Adalah selamat jika pengambilan pisang goreng/kerepek pisang dikurangkan kepada seminggu sekali atau sebulan sekali.kerana kandungan khasiat serta vitamin dan zat-zat lain dalam pisang akan berkurangan sebaliknya kandungan lemak akan bertambah apabila digoreng..

*Cuak.. aku memang suka makan pisang.. kih kih kih kih

19 Pengkritik Yang Cuak:

  1. hehehe..mencepatkan sistem percernaan juga..haha :D

    BalasPadam
  2. aku suka makan pisang time petang2..ada orang cakap seteruk mana sakit sekalipun,pisang kadang2 lepas untuk dimakan..

    bubur pisang..fuhhh itu aku suka makan hehehe..

    banyak khasiat rupanya pisang neh

    BalasPadam
  3. kandungan gulanya sikit gile....1 peratus jer....dah masak kira dari 1 peratus tu dipecahkan lagi ke beberapa peratusan bahagian lain...

    khasiatnya yg boleh mengurangkan ketagihan kepada candu berlesen dan mengurangkan mual wanita bersalin adalah sesuatu yg baru aku ketahui....terbaik bri nice info...kulit pun boleh buat ubat gatal gigitan nyamuk huhuhu mmg mencuakkan

    BalasPadam
  4. suka makan pisang..tapi time nak slim dulu ada nutrionist tak bagi makan pisang sangat sebab kandungan potassium tinggi... it will lead us to be bigger back.. cewah speaking... tapi Ticer bantai jugak pisang dalam kuantiti yang sket la.. orang kencing manis pun tak disyorkan makan pisang mentah-mentah gitu.. kalau nak makan kena proses sumthing dengan pisang tu.. ni pun dengar doktor la cakap time tamankan ustjah mama g wat check-up dulu

    BalasPadam
  5. harazdani :tu yg aku nk amalkan tu...kih kih kih

    ticer:mcm tu lak ek...org kencing manis tk leh jugak..ermm...

    syuxer:suka pengat pisang...kig kih kih..

    BalasPadam
  6. kakak pun suka terutama pisang montel..haha

    BalasPadam
  7. kerepek pisang best.... utk yg suke menguyah

    BalasPadam
  8. cuak aku bro...aku suka makan pisang emas yang orang buat kenduri kat masjid....haha..

    BalasPadam
  9. buah pisang,pengat pisang, lepat pisang, cekodok pisang, pisang goreng, kerepek pisang sume my peberetttttttt

    BalasPadam
  10. hahaa . bagoslahhh . adik Tia suka sangat makan pisang . dia boleh habiskan 1 sikat pisang sorang2 .. hahaaa ..

    BalasPadam
  11. er..suka semua yg berkaitan pisang..pisang goreng je kurang makan..sebab nak diet la.. heheehe

    BalasPadam
  12. tak suka mkn pisang..kek pisang suka la..hehe

    BalasPadam
  13. khairil sama la..aku pun suka kn pisang emas dibwk belayar tu..kih kih

    jiejah:memang kegemaran aku semua tu..

    tia:sy bkn seikat pisang je..smpai sikat pun sy mkn..kih kih

    KB:sama la ..kodok pisan sedap..kih kih

    Cik:kek pisang pun sy bantai..kih kih

    BalasPadam
  14. gua tau kenapa lu mau buat itu entry pasal pisang.. gua tau lu ngidam pengat pisang gua yg sedap ini.. sapu licin gua cita sama lu.. hahaha

    BalasPadam
  15. suka jugak makan pisang..sedapp..=)

    tapi masa mak saya sakit kaki sampai tak boleh jalan ..ada pak cik ni kata jangan makan pisang..Alhamdulillah dengan izin Allah semenjak tu mak saya boleh jalan semula..=)

    BalasPadam
  16. rara:tk gemok l..jgn mkn goreng2 punya..

    cik10:tau ek..memang wa suka lali selejak azali lg...kih kih

    AWM:alhamdulilah la mcm tu..

    BalasPadam
  17. kureng suke makan pisang walaupun lahir tahun monyet...hihi

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...