ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 24 Jun 2011

Tersangkut lagi

Hah betul kan budak2 negeri tembok besar ni suka main sorok2 kat celah2 dinding..aku pun cuak jugak kat entri sebelum ni..hari ni ada lagi kisah mencuakkan macam ni..dalam akhbar ari ni melaporkan kepala seorang budak perempuan berumur empat tahun tersangkut di celah palang besi di bawah tingkap di tingkat tiga sebuah apartmen di Tengzhou, utara China.Dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini, budak itu tersangkut selama 20 minit sebelum dia diselamatkan oleh beberapa anggota polis.Pada mulanya, seorang anggota polis itu berdiri di atas alat pendingin hawa dekat dengan budak tersebut selepas dia memanjatnya dengan menggunakan tangga.

Namun, anggota polis itu, Zhao Liancheng gagal untuk menariknya keluar.Liancheng berkata: "Pihak kami (polis) menghubungi ibu bapa budak itu untuk pulang ke rumah dengan serta- merta."Ibu bapa budak itu tiba 10 minit kemudian dan beberapa anggota polis memasuki apartmen untuk menarik dia dari tingkap.Bapa budak itu menyatakan dia dan isterinya keluar rumah untuk bekerja menyebabkan anaknya tinggal berseorangan. Menurutnya, anaknya bertuah kerana jiran-jiran dapat mengetahui kejadian itu.Budak itu dipercayai terjatuh selepas dia melihat pemandangan dari tingkap tersebut.[kosmo]

Kau pun nak main sorok2 jugak ke..budak sebelum ni la yg pengaruh ni..kan da tersangkut..

*Cuak aku.. lama2 ada persatuan kat negeri china yang diberi nama persatuan budak2 tersepit dan tersangkut di dinding..kih kih kih kih

15 Pengkritik Yang Cuak:

  1. " Budak itu dipercayai terjatuh selepas dia melihat pemandangan dari tingkaptersebut.. "

    asyik betul dia lihat pemandangan ye.. agknye cantik sgt kot pemandangan tu smpai tak perasan terlekuar ikut tgkap tu.. haha

    BalasPadam
  2. tertakasima la tu cik10..kih kih kih

    BalasPadam
  3. ya Allah,sakitnya.knp lah jd mcm ni.sape nk kite salah kan?ibu mengandung ke atau budak yg tak tau apa tu.

    BalasPadam
  4. tu bukan main sembunyi2 pun . dia nak tengok pemandangan je . tapi tersilap langkah , nyangkut le jawabnya . tu pasal , ibubapa kena ambil perhatian pasal hal ni ..

    jangan nak suka sangat tinggal anak duduk sorang2 kat rumah . haish ! cuak2 !!

    BalasPadam
  5. MasyaAllah..bha semakin BERtambah2 pula ni..
    adakah bdk tue terlalu nakal sampai jd mcm tue.. ? adehh..

    BalasPadam
  6. budak tu mau sidai baju..tp dia yg trsidai...kih kih

    BalasPadam
  7. mujur tarak mati..

    ngeri weh sangkut camtu..mesti sakit bahu dan tekak tuh..

    BalasPadam
  8. mmg nasib baik tersangkut... kalo tak, laju jek sampai bawah...

    BalasPadam
  9. ngeri2x..apa la ekstrem sangat budak2 zaman sekarang..baru2 ni ada terbaca budak tersangkut kat tempat aircond..baca kat mana ntah..sini ke?

    BalasPadam
  10. ape la parent dia ni.. jgn le tinggalkn ank kecok sorg2 kt rumah..mmg le bahaya

    BalasPadam
  11. rasa2 kat cina ni dah selamat untuk budak2...sebab rajin tersangkut...maklum le made in China...

    BalasPadam
  12. ngeri je tgk.. kalo terjatuh kan naya je.. haissh..

    BalasPadam
  13. dulu pun alasan mak bapak keje tinggalkan anak sorg2 kt umah yg ni pun sama apa anak2 negara cina ni dah pandai uruskan diri sendiri ke?? bingai tol la!!!!

    BalasPadam
  14. alahai..lain kali nk sangkut, sangkut lah tempat lain~ sgkut kat trafic jam ker..roadblock ker~lalalala

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...