ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 15 Jun 2011

PAS: Kartun Utusan hina Islam

Dewan Pemuda PAS negeri Melaka mahu Utusan Malaysia meminta maaf kepada umat Islam kerana menyiarkan kartun secara terang-terang menghina dan mempersenda hukum agama."Inilah akibatnya apabila akhbar Utusan Malaysia di'umno'kan. Tidak lagi seperti dahulu. Campur tangan Umno akan merosakkan
semua, paling menyedihkan apabila agama sendiri dipersenda, kata ketuanya, Aizat Baharuddin dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Ruangan kartun itu, kata Aizat jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam iaitu hukum tentang persaksian kes zina.Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan dikatakan mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh pegawai Jabatan Agama kerana tidak mempunyai empat saksi."Dalam hukum Islam jelas dinyatakan bahawa apabila seseorang Islam dituduh melakukan zina orang yang menuduh perlu dibawakan empat orang saksi yang tidak fasiq"

"Namun, dialog kartun yang cuba digambarkan oleh pelukis langsung tidak sensitif pada hukum Islam bahkan mempersendakan hukum Islam".Ia menggambarkan seolah-olah hukum membawa empat orang saksi itu tidak boleh diguna pakai tetapi video dan gambar boleh dijadikan sebagai bukti.

"Cukuplah Islam dihina oleh musuh Islam, janganlah orang Islam sendiri yang menghina hukum yang Allah tetapkan disebabkan kejahilan sendiri." katanya.[malaysiakini]

*Cuak aku dengan utusan ni..bila kartunis jahil hukum islam.

8 Pengkritik Yang Cuak:

  1. Hm. Macam-macam hal. Dunia2.

    BalasPadam
  2. cetek ilmu macam tu la... diorang takut pada manusia..tak takut pada Tuhan...

    Imam dan 20 sen

    BalasPadam
  3. macam2 hal politik la ni...

    BalasPadam
  4. berat nanang lagu neh...hati aku tiba2 panas..ye panas gila neh

    cilaka punya kartunis tuh!!!

    semoga Allah s.w.t tunjuk pengajaran berguna kat dia..jangan men2 hukum Allah s.w.t..tak lama lagi dapat bala neh..huh!! geram aku!!

    -syuxer-

    BalasPadam
  5. syuxer:dpt pnyakit harazzdani jugak ni..tk dpt link nama..

    kartunis gila meghoyan ni kih kih kih

    BalasPadam
  6. rasanya xpnah lagi jadik benda mcm ni...
    kartunis tu ntah pape jer.cam nk memalukan malaysia jer.nmpak sgt yg malaysia ni negara yg tah pape

    BalasPadam
  7. ni dah 2x isu berkaitan akhbar dan kartunis heboh ..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...