ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 15 Jun 2011

"Ulangtahun ke-3 NUSHA"

makan nasi lauk gulai ikan
nampak je sedap tetapi tawar
contest kali ni memang mencuakkan
siapa nak joinn  klik la kat gambar 













untuk berjaya perlu beruseha
useha gigih dan juga tekun
sempena ulangtahun ke 3 nusha
terimalah ucapan versi pantun

mengayam mengkuang ditepi sawah
sambil mengayam makan papaya
pembuka bicara sekalung tahniah
semoga  bahgia hingga ke akhirnya

bukan mudah melentur rotan
jika tidak kena caranya
bukan mudah pertahan hubungan
jika tidak saling percaya

mancari kayu didalam hutan
terpijak duri kaki berdarah
dalam hubungan ada dugaan
diharap sabar dan juga tabah

dari kajang ke kuala pilah
berhenti rehat dipekan banting
jangan selalu mencari salah
bertolak ansur itu yang penting

banyak bunga didalam taman
petik sekuntum dibawa balik
dari ingat yang bukan-bukan
elok nusha bersangka baik


perkara yang lepas jangan diumpat
kisah yang lalu jangan diungkit
perkara biasa selisih pendapat
sedangkan lidah lagi tergigit

kalau hendak menghias taman
berikan saya bunga melati
kalau hendak hubungan aman
berikan cinta seikhlas hati

didalam bakul ada cermin
dibawa belayar diatas rakit
jika ingin ke jinjang pelamin
dari sekarang la..mengumpul duit

dalam gua ada harta karun
sudah jumpa dibawa pergi
tamat lah sudah ucapan pantun
ada kesempatan berjumpa lagi

sudah sebulan membuat perahu
perahu diguna memungah kurma
nak tag siapa aku pun tak tahu
harap maidaribendang sudi terima 

*Cuak aku..join dari tag yg dibuat harazzdani..bersama memeriahkan contest.. kih kih kih

7 Pengkritik Yang Cuak:

  1. harrazdani-cuak aku bro hang pandai pantun rupenyer.....hahahah

    BalasPadam
  2. Bro...terima kasih tag aku..insyallah nanti kalau ada masa nak join juga tapi sekarang ni banyak urusan...

    BalasPadam
  3. harazzdani:pndai sikit2 je...

    khairil:ok2..tiada paksaan..utamakn yg penting dulu..

    BalasPadam
  4. thnx sudi join.. =)

    good luck.. comel aje pantun tu..

    BalasPadam
  5. ...cuak cheQ tengOk demO berpantun!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...