ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 18 Februari 2013

Makanan segera rosakkan hati

Satu kajian mendapati perbuatan memakan makanan segera yang kerap bukan sahaja menggemukkan tetapi juga boleh merosakkan hati seperti menghidap hepatitis.


Penulis buku Better in 7, Dr. Drew Ordon berkata, kajian mendapati kekerapan memakan makanan segera dalam tempoh sebulan boleh memberikan kesan perubahan mendadak kepada hati.

Beliau berkata, makanan segera terutamanya kentang goreng sangat berbahaya kerana mempunyai bahan tambahan.

''Kita tahu kentang goreng ditambah garam dan digoreng dalam minyak yang berlemak, tetapi makanan ini juga ditambah gula. Kenapa gula? Kerana tindakan ini menjadikannya lebih garing,'' katanya dalam rancangan Amerika Syarikat (AS), The Doctors.

Beliau berkata, makanan seperti ayam goreng dan 'onion rings' pula sangat tidak baik kepada hati.''Perubahan berlaku di dalam enzim hati seperti kesan jangkitan hepatitis. Penyakit ini boleh merosakkan hati,'' katanya. 

Ordon memberi amaran sebarang produk yang ditandakan sihat atau segar di restoran makanan segera berkemungkinan tinggi mempunyai bahan kimia tambahan kerana tiada peraturan jelas tentang makanan berkenaan.

''Beberapa tempat menggunakan sejenis bahan dikenali sebagai propylene glycol yang merupakan sejenis bahan antibeku ke atas sayur-sayuran untuk mengelak daripada rosak.''Walaupun jumlah itu kecil namun adakah anda mahu makan bahan antibeku,'' katanya.[utusan]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...