Pelakon veteran Kuswadinata, 75, meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, kira-kira pukul 5.07 petang ini.
Menurut Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi,
Allahyarham meninggal dunia kerana penyakit buah pinggang dan kanser
usus yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu.
Jenazah pelakon itu akan dibawa pulang ke rumahnya di Taman Resmi
Jaya, Ampang, sebelum dimandikan dan dikafankan di Masjid Bukit Indah,
Ampang Selangor esok.
Selain mengalami pendarahan usus, Kuswadinata atau nama sebenarnya
Kuswadi Bujang turut mengalami kerosakan buah pinggang sebelah kiri
dan sering dimasukkan ke Hospital Ampang sejak Julai lalu.[utusan]