ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 18 Februari 2013

Dr M mengamuk kata insiden 'No' palsu

Insiden ‘No’ di majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN di Pulau Pinang baru-baru ini telah menyebabkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) mengamuk sehingga menyalahkan media alternatif.

“Di dalam media alternatif, hampir sesiapa sahaja yang boleh meletakkan apa-apa bahan yang mereka suka cakap di internet secara langsung, tanpa pengurus, editor atau sub-editor mengubah isi kandungannya

"Kebebasannya hampir total. Inikah intipati demokrasi?” tanya Mahathir di tulisan terbaru dalam blognya.

Mahathir juga mendakwa video popular kini yang menggambarkan bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendapat jawapan ‘No’ daripada para hadirin di Pulau Pinang ketika ditanya ‘Are you ready for BN?” telah diubahsuai.

“Sekarang, ia telah didapati bahawa (video) tersebut telah direka dengan membawa satu kumpulan ke dalam orang ramai, dengan membekalkan mereka dengan video kamera dan mikrofon.

"Semasa PM bertanya ‘Are you ready for BN?’, kumpulan ini menjerit ‘No’ sebagai jawab balas. Ia membuat seolah-olah seperti semua hadirin menjerit ‘No’.

“Sebenarnya hanya sebilangan kumpulan saya yang menjerit ‘No’ ke dalam mikrofon mereka. Jawapan ‘Yes’ daripada orang ramai tidak dirakam dan tidak dimasukkan di dalam video di YouTube,” dakwa Mahathir.

Beliau berkata klip video popular di YouTube akhirnya dipercayai para pengamal sosial media sebagai versi yang benar walaupun sebenarnya ia adalah palsu.

Mahathir menyalahkan ini pada kebebasan di internet yang sebelum ini beliau sendiri yang memperkenalkan aktanya.

"Pembohongan boleh dibuat seolah-olah menjadi kebenaran ... Tetapi kebenaran juga boleh dibuat untuk kelihatan seperti pembohongan," katanya.

Mahathir kemudiannya menceritakan bahawa beliau dianiaya oleh para pengodam yang memaksa beliau menukar server untuk blog ‘Che Det’ kepunyaan beliau.

"Saya kehilangan kebebasan di media lebih daripada apa yang kerajaan boleh menghalang kebebasan saya. Secara jujur, saya lebih suka jika kerajaan yang menapis saya.
"Tapi tiada apa yang saya boleh lakukan untuk menghalang mereka yang ingin mengekang kebebasan saya melalui alternatif media,” tambah beliau.[harakah]

*P/s

1)tak ada siapa halang kebebasan internet termasuk orang umno..jadi mana org umno dalam internet? tak boleh lawan fakta atau perlu upah baru ada ramai macai?

2)Di media tv pun kebebasan hampir total untuk menghentam PR..di mana org PR dalam tv? haji hadi sndiri minta masuk tv tapi dinafikan..Inikah intipati demokrasi?

3)Di surat khabar atau tv ada editor serupa tak ada jugak..bebas meletakkan apa juga cerita fitnah pasal PR.. sampai berita di malaysia hanya melibatkan 4 negeri sahaja..nasib perak umno rampas kalau tak ada 5 negeri..

4)Di media tv dan surat khbar juga "Pembohongan boleh dibuat seolah-olah menjadi kebenaran ... Tetapi kebenaran juga boleh dibuat untuk kelihatan seperti pembohongan,"

5)Saya lebih suka jika Pakatan rakyat menapis saya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...