Tangan aktres dari Pakistan, Veena Malik dicium sebanyak 137 kali
dalam tempoh 60 saat oleh sejumlah lelaki, lapor portal berita Indian
Express semalam.
Veena juga dilaporkan memecahkan rekod Guinness World Records bagi kategori menerima ciuman paling banyak di dunia.
Dia mengatasi rekod aktor terkenal Bollywood, Salman Khan yang pernah
menerima ciuman sebanyak 108 kali oleh kanak-kanak dalam tempoh sama.
"Saya berjaya menewaskan rekod 108 ciuman yang diterima Salman dengan memperoleh 137 ciuman dalam tempoh seminit," katanya.
Veena atau nama sebenarnya, Zahida Malik dicium oleh para peserta
sebuah rancangan realiti televisyen sempena sambutan kelahirannya yang
ke-29 kelmarin.
Dia sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila gambarnya dalam keadaan bogel disiarkan majalah FHM versi India.[kosmo]