ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 21 Februari 2013

Kanak-kanak 12 tahun terima darah dicemari HIV

Kes seorang kanak-kanak 12 tahun menerima darah dicemari HIV semasa pemindahan darah minggu lalu, sehingga mencetuskan kemarahan di Arab Saudi dan ada yang mendesak menteri kesihatan meletak jawatan.

Perkara ini menerima kritikan daripada ramai pihak kerana kes seumpama itu jarang berlaku. Kes yang melibatkan mangsa, Reham al-Hakami telah mendapat liputan meluas di Saudi.

Reham yang menderita kerana anemia menjalani pemindahan darah 12 Februari lalu di sebuah hospital di Jazan dan beberapa jam kemudian, sepasukan doktor dari hospital itu datang ke rumahnya memberitahu keluarga kanak-kanak itu bahawa darah yang dipindahkan ke tubuh badannya HIV positif.

Kanak-kanak itu kemudian segera diterbangkan ke Hospital Pakar Raja Faisal. Kementerian Kesihatan mengeluarkan kenyataan Isnin lalu menyebut kejadian itui satu kesilapan teknikal.

Ia turut meminta maaf secara terbuka kepada Reham. Kementerian turut berkata akan menyiasat perkara ini dan memastikan prosedur undang-undang dijalankan.[sinar]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...