Seorang hakim dipecat selepas dia tertidur di mahkamah dan kemudian
menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas seorang defendan.
Hakim Yevgeny Makhno dari Mahkamah Bandar Blagoveshchensk di timur
jauh Russia dipaksa melepaskan jawatannya kerana tertidur beberapa kali
ketika membicarakan seorang ahli perniagaan atas tuduhan menipu.
Kes berkenaan menjadi skandal kebangsaan selepas peguam defendan memuatnaikkan video dalam Internet yang menunjukkan Makhno tidur ketika perbicaraan. Makhno mendakwa dia tidak tidur, sebaliknya mendengar perbicaraan itu dengan mata tertutup.
Sebuah mahkamah lebih tinggi bagaimanapun enggan menghukumnya,
sebaliknya menyuruh dia mengambil ujian sebelum dilantik semula menjadi
hakim.Defendan pula akan dibicarakan sekali lagi.[metro]