Pesara jurutera, David Latimer, berjaya mencipta taman kecil yang
diletakkan di dalam botol selepas 40 tahun tanpa udara dan air di
Cranleigh, Surrey, Britain.
David berkata, pokok itu ditanam 53 tahun lalu dan kali terakhir ia
disiram adalah pada 1972 sebelum penutupnya ditutup ketat untuk
mendapatkan tindak balas ekosistem.
“Asalnya saya ingin mencuba eksperimen di mana tumbuhan dapat bertahan di persekitaran tanpa air. Saya membuat empat jenis tanaman di dalam botol itu. Tiga daripadanya mati kecuali pokok jenis Spiderworts,” katanya.
Menurutnya, kesemua pokok itu ditanam di dalam botol glob dan diletakkan kira-kira dua meter dari tingkap supaya mendapat sedikit cahaya matahari.
“Tanaman itu menyerap tenaga matahari dan air dihasilkan dari kelembapan karbon dioksida manakala nutrisi dihasilkan dari daun-daun yang membusuk dan berkulat. Proses ini menghasilkan oksigen,” katanya.
Beliau berkata, keseluruhan eksperimen ini dianggap berjaya kerana tanaman itu terus hidup segar tanpa penyakit.[sinar]