Gambar oleh Paul Hansen yang memaparkan jenazah dua kanak-kanak
Palestin yang dibawa untuk dikebumikan dalam satu serangan udara Israel
memenangi anugerah World Press Photo 2013.
Jurugambar akhbar harian Dagens Nyheter dari Sweden itu
mengambil gambar tersebut ketika upacara pengkebumian Suhaib Hijazi, 2,
dan abangnya, Muhammad, 3, di Gaza City pada 20 November lalu.
"Kekuatan gambar itu terletak pada cara ia memaparkan kemarahan dan
kesedihan sekumpulan orang dewasa yang mengangkat kanak-kanak tidak
berdosa itu.
"Gambar itu tidak akan dapat saya lupakan selama-lamanya," kata juri dari Peru, Mayu Mohanna.Ayah kepada kanak-kanak malang itu, Fouad, turut terbunuh dalam
serangan udara rejim Zionis yang meranapkan rumah mereka manakala ibu
mereka pula diletakkan di dalam unit jagaan rapi.
Dua jurugambar yang hasil kerja mereka digunakan oleh AFP,
Fabio Bucciarelli dari Itali dan Javier Manzano dari Amerika Syarikat
(AS), masing-masing memenangi kedudukan kedua dan ketiga bagi kategori Spot News melalui gambar mereka yang diambil di kawasan pertempuran mengerikan di bandar Aleppo, Syria.
Persaingan World Press Photo tahun ini menyaksikan sebanyak 19 juri
profesional dalam bidang jurugambar berita dan jurugambar dokumentari
memilih 103,481 gambar yang dihantar oleh 5,666 jurugambar dari 124
negara.
Pemenang utama, Hansen, akan menerima wang tunai sebanyak AS$13,000 (RM40,287) dan kamera dalam majlis di Amsterdam, April ini.[utusan]
*Gambar menang hadiah..kanak2 tu?palestin?