ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 15 Februari 2013

Video lintasan meteor di Russia

Seramai 400 orang cedera apabila meteor yang melintas langit Wilayah Ural, Russia, menyebabkan bebola api jatuh ke kawasan penduduk dan memecahkan cermin bangunan serta menyebabkan penggera kereta berbunyi, pagi tadi (waktu tempatan).

Penduduk yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Chelyabinsk terdengar bunyi letupan dan gegaran serta melihat cahaya terang di langit ketika kejadian, lapor agensi berita Reuters.

Meteor berkenaan dilihat melintasi langit dan meninggalkan kepulan putih yang boleh dilihat sejauh 200 kilometer.

Malah penggunaan telefon bimbit juga dilaporkan terganggu akibat impak meteor berkenaan.Pihak berkuasa Chelyabinsk melaporkan penduduk yang cedera kebanyakan akibat terkena serpihan kaca.
Sementara itu, Akademi Sains Russia berkata, meteor itu dianggar seberat 10 tan.

Ia memasuki atmosfera Bumi pada kelajuan sekurangnya 24,000 kilometer sejam dan hancur kira-kira 30 hingga 50 kilometer di atas permukaan bumi, katanya dalam satu kenyataan.[metro]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...