Sebilangan besar jiran tetangga yang hadir di upacara pengebumian
seorang warga emas, Peng Xiuhua semalam terkejut apabila wanita tua
itu bangun lalu duduk berbual dengan mereka.
Peng, 101, mengejutkan anggota keluarga dan sahabat handainya apabila
dia bangun di kediamannya di Lianjiang di sini.
Dia bertanya mengapa
terdapat ramai orang di rumahnya sebelum diberitahu bahawa dua anak
perempuannya menemukan tubuhnya sudah tidak bernyawa sehari sebelum itu.
Dua anak perempuannya yang berusia 70-an itu kemudian memandikan ibu
mereka dan meminta pekerja rumah mayat membuat persediaan untuk upacara
pengebumian.
Bagaimanapun, upacara pengebumian Peng kemudian
dibatalkan kerana wanita tua terbabit kini sudah bangun dan berbual
seperti sediakala.
“Bukan saja saya dapat menyaksikan bahawa ramai
orang yang mengambil berat terhadap diri saya, tetapi saya juga sempat
bangun sebelum mereka membawa saya untuk upacara pembakaran mayat,”
katanya.[metro]