Pakatan Rakyat hari ini mendedahkan kandungan manifesto bertemakan
'Pakatan Harapan Rakyat' yang menumpukan kepada usaha untuk mengurangkan
beban rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Dokumen
berkenaan dibentangkan bersama oleh tiga pemimpin utama Pakatan -
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr
Dzulkefly Ahmad dan Naib Presiden DAP M Kulasegaran.
Sekiranya
Pakatan Rakyat memerintah, gabungan parti pembangkang itu juga akan
meningkatkan pendapatan isi rumah sehingga RM4,000 bagi mengurangkan
kesenjangan ekonomi.
Selain itu, katanya, Pakatan Rakyat berjanji
akan menghentikan serta merta operasi kilang nadir bumi Lynas di Gebeng,
Kuantan jika berjaya menang dan menawan Putrajaya.Katanya lagi, Pakatan Rakyat juga akan mengkaji semula fasa-fasa pelaksanaan RAPID di Pengerang.
Pakatan Rakyat akan turut mereformasikan semua undang-undang sedia ada berkait dengan pembalakan dan kawal selia aktiviti pembalakan, katanya.
"Dasar ekonomi Pakatan Rakyat mensyaratkan kesinambungan lestari alam sekitar dan menitik beratkan kemaslahatan rakyat sebelum kelulusan diberikan.
"Makanya, secara prinsipnya sebarang aktiviti ekonomi yang melibatkan radiasi yang membahayakan orang ramai atau apa-apa kegiatan yang dikira merosakkan alam sekitar tidak akan diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat baik diperingkat negeri dan persekutuan," manifesto itu dipetik.
Selain itu, Pakatan akan menaikkan caruman kerajaan ke dalam Lembaga Tabung Angkatan tentera dari 15 peratus kepada 20 peratus untuk menjamin masa depan perajurit.
Pakatan juga akan menghapuskan sistem permit teksi yang diberikan kepada syarikat tertentu dan permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi, tambahnya.[malaysiakini]

Sila download dan sebarkan keseluruhan buku manifesto PAKATAN itu di ( SINI )
[anaksungaiderhaka]