Mengerat tangan pencuri tidak sama dengan melapah ikan atau daging;
tanggapan biasa mengenai bentuk hukuman yang dianggap tidak
berperikemanusiaan tanpa memikirkan sudut positifnya, kata mufti Brunei
semalam.
Dalam siri kuliah Subuh, Pehin Datu Seri Maharaja Abdul Aziz Juned
membincangkan mengenai salah tanggapan terhadap hukuman memotong tangan
pencuri yang meniadi isu kontroversi itu Mufti itu berkata, orang
ramai sering tidak memahami undang-undang syariah dan menekankan hukuman
sedemikian dijalankan bukan kerana marah atau balas dendam.
“Beberapa faktor perlu dipertimbangkan sebelum hukuman dijalankan,” katanya sambil menambah lelaki atau wanita di bawah umur dan mereka yang gila dikecualikan daripada hukuman seumpamanya.
Menurutnya mencuri barangan berkaitan dengan hiburan tidak dipotong
tangan walaupun membabitkan wang dan keadaan sama juga diguna pakai
apabila mencuri minuman keras.
Hukuman itu hanya dijalankan terhadap pencuri yang sudah disiasat secara terperinci dan terdapat bukti kukuh yang menyokong perbuatannya.[metro]