ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 25 Februari 2013

Jutawan derma RM7.1 bilion

Jutawan syarikat perisian India, Azim Premji, kelmarin bermurah hati mendermakan AS$2.3 bilion (RM7.1 bilion) kepada badan amal pendidikan.

Pengerusi syarikat Wipro itu memberitahu penubuhan Yayasan Azim Premji itu bertujuan untuk meningkatkan kualiti tenaga pengajar dan membangunkan lebih banyak sekolah di negara tersebut yang masih berada di tahap kurang memberangsangkan.

Sementara itu, akhbar The Business Standard dan beberapa media lain melaporkan derma kepada badan amal itu adalah yang terbesar dalam sejarah di India.

Pada 2010, Azim pernah mendermakan kira-kira AS$2 bilion (RM6.2 bilion) kepada sebuah badan amal selepas beliau menyertai kelab ditubuhkan pengasas bersama Microsoft, Bill Gates dan jutawan pelabur, Warren Buffet.

Menurut majalah Forbes tahun lalu, beliau disenaraikan sebagai individu ketiga terkaya di India dengan jumlah kekayaan mencecah AS$16 bilion (RM50 bilion).[sinar]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...