Ketika kanak-kanak seusianya sedang berseronok bermain dan menelaah pelajaran, dia terpaksa menamatkan zaman itu untuk bergelar isteri.
Kini, selepas tiga tahun melayari kehidupan berumah tangga, nasibnya kian parah kerana dibelenggu kemiskinan berpanjangan.
Itulah nasib menimpa Krishna, 14, dari sebuah perkampungan di Rajasthan, India.Pada usianya 11 tahun, dia dipaksa berkahwin dengan remaja bernama Kishan Gopal berusia 13 tahun.
Kini, setelah bergelar ibu kepada seorang cahaya mata kehidupannya menjadi lebih tertekan kerana suaminya diberhentikan kerja akibat masalah ketagihan arak.
Krishna berkata, sejak suaminya menjadi kaki botol, dia berasa tidak selamat setiap kali suaminya memegang anak mereka yang kini berusia empat bulan bernama Alok.
“Tidak mustahil suatu hari nanti dia sanggup memukul bayi kesayangan saya ini ketika dalam keadaan mabuk,” katanya.
Menurutnya, kini suaminya tidak lekang dari memegang botol arak dan merokok bersama rakan-rakannya di hujung kampung.
“Saya mahu meninggalkan kampung ini dan berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan bagi menampung kehidupan kami sekeluarga. Kehidupan Alok adalah masa depan saya,” katanya.
Mungkinkah kehidupan pasangan ini akan berubah atau bakal mewarisi tradisi ibu bapa mereka yang menjodohkan anak ketika usia kanak-kanak?
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pernah mencatatkan, kira-kira 40 peratus perkahwinan di India bermula pada usia tersebut.[sinar]