Charlotte Jefferson diberi amaran oleh doktor, dia boleh mati jika makan buah lagi.Ibu berusia 25 tahun itu menghidap alahan luar biasa yang menyebabkan
dia mengalami kesan sampingan yang boleh membawa maut setiap kali makan
buah.
Dia dimasukkan ke hospital sebelum pihak perubatan akhirnya mengenal pasti alahannya tahun lalu.
Pengalaman pertama Charlotte berlaku selepas dia makan buah lai yang menyebabkan badannya gatal dan dia batuk darah.
Dalam kejadian lain, dia mengalami pening dan meracau selepas makan tomato.
Charlotte berasal dari Hull kini berhati-hati memastikan tiada makanan yang dilarang dalam dietnya kerana bimbang jika dia makan apa juga buah, ia mungkin kali terakhir untuknya.
“Saya bimbang untuk makan lai atau rempah kerana ia akan menyebabkan
saya mati,” katanya Selepas bertahun-tahun menderita tanpa mengetahui
puncanya, doktor akhirnya memutuskan bahawa dia alah kepada salisilat
yang terdapat dalam buah dan makanan lain.
Senarai makanan yang perlu dielak oleh wanita itu, termasuk kerang-kerangan, daging dalam tin, semua jenis buah kecuali pisang, brokoli, timun, inti pai, sayur berminyak, dadih, jem, air buah, air gas, sos, kebanyakan herba dan rempah, biskut, gula-gula dan kastard.
Ini bermakna, kunjungan ke
restoran menjadi satu mimpi ngeri bagi Charlotte yang sentiasa membawa
sebuah Epifen yang diisikan dengan adrenalina sebagai langkah
berjaga-jaga sekiranya dia termakan makanan yang dilarang dan mengalami
reaksi.
“Sekiranya saya ingin keluar bersama rakan, saya terpaksa telefon
restoran itu terlebih dulu dan bertanya banyak soalan mengenai masakan
mereka dan bagaimana ia dimasak. Banyak yang saya tak boleh makan.
Selalunya, saya hanya makan semangkuk bubur kerana ia paling mudah untuk
disediakan,” katanya. [metro]