Tindakan seorang askar Israel memuat naik foto seorang kanak-kanak
Palestin jadi sasaran tembakan menggunakan senapang ke dalam laman
sosial Instagram, mencetuskan kemarahan banyak pihak, semalam.
Imej berkenaan dimuat naik ke dalam laman Instagram peribadi penembak
hendap, Mor Ostrovski tetapi ia dibuang dan akaunnya ditutup sejurus
dikecam.Sementara itu, pihak Pertahanan Keselamatan Israel (IDF) berjanji akan menyiasat kes tersebut.
Ostrovski, 20, askar unit penembak hendap, memuat naik foto sasaran senapang pada belakang kepala seorang budak lelaki di Palestin.
Kumpulan aktivis kemanusiaan yang berang dengan askar Yahudi itu menggelar ianya tindakan bersifat tidak berperikemanusiaan.
Lapor laman web Palestin berbahasa Inggeris, The Electronic Intifada, budak itu sengaja dijadikan sebagai sasaran tembakan.
Laman berkenaan sempat menyiarkan imej Instragram milik Ostrovski sedang beraksi dengan pelbagai jenis senjata.
Menurut IDF, tindakan Ostrovski adalah kontroversi terbaru melibatkan foto yang dimuat naik oleh askar Israel ke dalam internet.[sinar]