Seorang koroner mengesahkan bahawa punca kematian ibu lapan anak,
Natasha Harris, 30 adalah akibat minum terlalu banyak minuman
berkarbonat.
Harris minum sehingga 10 liter air berkarbonat
setiap hari, bersamaan lebih dua kali ganda had selamat harian kafein
dan hampir satu kilogram gula.
Mendiang meninggal pada pada 25 Februari 2010 akibat serangan
jantung. Pasangannya, Christopher Hodgkinson menemuinya dalam keadaan
terduduk di atas kerusi tandas, tersandar pada dinding dan mengalami
kesukaran bernafas.
Syarikat minuman berkarbonat terbabit mempertikaikan bahawa kuantiti besar yang diminum setiap hari oleh Harris tidak dapat dibuktikan sebagai punca menyumbang kematiannya.
Namun dalam penemuan dikeluarkan semalam, koroner David Crerar berkata Harris mungkin tidak mati jika dia tidak terlalu bergantung kepada minuman berkarbonat itu.
“Saya mendapati, apabila semua bukti yang diperoleh dipertimbangkan, jika Natasha Harris tidak mengambil kuantiti besar air berkarbonat, agak mustahil dia akan mati seperti sekarang,” katanya.
Hodgkinson berkata, beberapa bulan sebelum kematiannya, keadaan kesihatan Harris merosot. “Dia tiada tenaga dan merasa tidak sihat sepanjang masa. Dia akan bangun dan muntah pada waktu pagi,” katanya.
Beliau berkata tabiat minum air berkarbonat pasangannya menjadi satu ketagihan.“Dia akan marah-marah dan sakit kepala jika tidak minum air berkarbonat dan juga tidak bertenaga,” katanya.[b.harian]