ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 13 Februari 2013

Ibu pelakon Catriona Ross maut dalam nahas

Ibu kepada pelakon Catriona Ross, Siti Zawiyah Ab. Rahman antara orang tiga yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan bas ekspres di Kilometer 61.8 Lebuh Raya Timur-Barat, Gerik dekat sini awal pagi ini.

Dalam nahas kira-kira pukul 12.40 pagi berhampiran Perhentian Titiwangsa itu, ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta terbabit cedera parah.

Ketua Polis Daerah Gerik, Supritendan Abdul Manab Bahrum berkata, mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Gerik manakala pemandu pula dikejarkan ke Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan.[utusan]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...