ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 17 Februari 2013

Suami boleh mati pucuk jika isteri gaji besar?

Lelaki yang memiliki isteri berpendapatan lebih tinggi berkemungkinan besar mengambil Viagra dan ubat lain kerana kurang bertenaga di bilik tidur, lapor satu kajian. 

Penyelidik kurang pasti mengapa perkara itu berlaku tetapi rasa hilang harga diri selain marah dan kecewa mungkin memainkan peranan.

Kajian dilakukan di Denmark, lokasi penggambaran drama politik popular, Borgen, yang memaparkan bagaimana Perdana Menteri wanita bergelut dengan kesukaran mentadbir negara manakala suaminya mengu-ruskan rumah tangga dan anak-anak.


Penyelidik Denmark dan Amerika Syarikat bermula dengan mengkaji gaji pada data lebih 200,000 pasangan suami isteri. Ia mendedahkan Viagra dan ubat bagi masalah mati pucuk lain lebih popular di kalangan pasangan yang isteri menerima gaji lebih tinggi.

Kesan malah dapat dilihat pada keluarga yang isteri memiliki pendapatan cuma sedikit lebih tinggi daripada suami.

Penyelidik berkata: Malah perbezaan kecil dalam pendapatan dikaitkan dengan risiko besar penggunaan ubat mati pucuk apabila wanita menjadi penyumbang utama dalam rumah tangga berbanding lelaki.

Perbezaan gaji sebanyak 10,000 (RM 47,095) yang memihak kepada wanita, menggandakan penggunaan Viagra.

Menariknya, fenomena itu tidak dilihat pada pasangan yang selalunya memiliki pendapatan lebih tinggi. Sebaliknya, ia terhad kepada perkahwinan yang isteri mengambil alih kedudukan itu daripada suami. Ia menunjukkan rasa hilang harga diri menjadi punca keadaan itu.

Menulis dalam Buletin Personality and Social Psychology, penyelidik berkata, peningkatan aliran bagi wanita menjadi penyumbang utama rezeki mencabar peranan tradisi lelaki sebagai pencari nafkah dan meletakkan mereka di bawah tekanan psikologi.

Kehendak seksual lelaki dikaitkan dengan budaya dan faktor sosial seperti kuasa bapa, wang dan rangkaian sosial, berpotensi menyebabkan lelaki berdepan masalah penurunan kehendak seksual atau tidak berfungsi apabila mendapati peranan tradisi mereka dirampas.

Kemarahan dan kekecewaan juga boleh membawa kepada masalah seksual serius seperti mati pucuk, kata penyelidik.[b.harian]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...