Seorang banduan Sri Lanka menelan sebuah telefon bimbit bagi mengelak
beberapa pengawal penjara menemuinya semasa operasi mencari gajet itu
dilakukan di dalam biliknya, kata seorang pegawai hospital semalam.
Bagaimanapun, beberapa pengawal berkenaan mendengar bunyi telefon
tersebut dari dalam perut banduan itu menyebabkannya dihantar ke sebuah
hospital di sini.
Beberapa doktor kemudian berjaya mengeluarkan telefon tersebut.Pegawai tersebut menyatakan, banduan yang berusia 58 tahun itu dirawat di hospital selama dua hari.
Banduan tersebut menjalani hukuman penjara selama 10 tahun kerana mencuri.Dia menjalani hukuman itu di sebuah penjara di Welikada di sini.[kosmo]