Pasukan perisik tentera Rusia sedang menjalankan uji kaji terhadap tikus untuk dijadikan ejen pengintipan sama seperti manusia.
Menurut pakar, fizikal tikus yang kecil dan pantas membolehkan haiwan
tersebut menyelinap masuk ke beberapa tempat yang sukar, selain tidak
mudah dikesan oleh pihak musuh.
Tikus juga dilihat berupaya mengesan bahan letupan, peluru dan
kedudukan tebusan, sama seperti anjing yang mempunyai deria bau yang
tajam.
Beberapa sumber di sini menyatakan bahawa tikus sudah digunakan oleh
pasukan tentera Israel ketika berdepan dengan situasi pengganas.
Akhbar Izvestia melaporkan, sekiranya tikus-tikus berkenaan melepasi
semua ujian yang dijalankan, haiwan terbabit bukan sahaja bakal
ditempatkan di dalam pasukan perisik negara, malah Rusia akan dikenali
sebagai negara 'perangkap tikus'.
Seorang daripada pakar perisikan, Anton Venediktov berkata, tikus
boleh diajar untuk mengenal bau beberapa bahan yang sering digunakan
untuk tujuan jahat seperti bom, dadah dan mayat manusia."Selain bau, haiwan kecil itu juga diajar untuk mengenal tanda isyarat," katanya.
Tikus juga terkenal dengan sikap yang tenang ekoran sistem saraf yang
lebih mudah berbanding haiwan lain, sekali gus menjadi pilihan ideal
sebagai ejen perisik haiwan.
Haiwan kecil itu dijangka mampu melakukan 150 tugasan dalam tempoh
sebulan, selain bekerja mengikut aturan dalam masa enam hingga lapan
jam.[utusan]