Seorang lelaki David Taylor bersedia menyiarkan iklan di dahinya bagi
membantu menyelesaikan hutang sebanyak 25,000 pound (RM 119,832) yang
ditanggung keluarganya.Dia mengiklankan kesediaannya itu di eBay bagi mendapatkan pengiklan.
Taylor, 30, kehilangan pekerjaan ekoran nahas kereta yang menyebabkan dia mengalami kecelaruan stres pasca-trauma.
Juruteknik dari Grimsby, Lincs itu yang dulu memperoleh pendapatan
40,000 pound (RM191,742) setahun dan mampu bercuti bersama keluarga dan
membeli barangan mewah kini hidup melarat.
Dia pernah bertugas di luar
negara untuk syarikat audio serta menyertai persidangan perubatan
berprestij kini cuba menjual kelengkapan rumahnya untuk menyara hidup
dan membayar 25,493 pound (RM122,202) hutang kad kredit dan bil telefon
keluarga.
Taylor berkata: “Saya sudah cuba semua cara untuk membayar hutang itu. Saya sudah lakukan pelbagai kerja dan membaiki beberapa kereta dalam usaha memulihkan kehidupan saya.
“Kemalangan itu
menyebabkan saya mengalami kecelaruan stres pasca-trauma dan saya tidak
berupaya keluar dari rumah. Ia adalah penyakit yang paling buruk.
Saya
mendapat serangan keresahan yang teruk. Mereka tidak boleh
mengubatinya.” Taylor menambah: “Saya lakukan semua kerja bagi
membolehkan keluarga saya terus hidup.”
Dia mendapat idea menjual
dahinya untuk diiklankan selepas menyaksikan seorang rakyat Amerika
memperoleh 10,000 pound (RM47,935) dengan cara itu.
Menurutnya, dia boleh membuat perjanjian dengan mana-mana syarikat tertentu, tetapi turut menimbangkan beberapa firma yang berminat. Taylor berkata, dia akan menghadiri sebarang acara promosi yang diperlukan syarikat terbabit.[metro]