Pertunangan Fizz Fairuz hanya bertahan seminggu apabila pelakon itu
memutuskan ikatan dengan tunangnya Ahad lalu, selepas mengetahui wanita
berkenaan rupa-rupanya sudah bersuami.
“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” kata Fizz, 34, semalam.Pertunangan Fizz secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26
tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak
kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27,
sejak tujuh tahun lalu.
“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.
Fizz berkata, empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru
dia tahu tunangannya itu isteri kedua seorang usahawan berusia 40-an dan
mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.[metro]