Seorang bekas pemain bola keranjang Universiti Pennsylvania ditikam
hingga mati ketika tidur oleh isterinya kerana mangsa didakwa menonton
aksi lucah kanak-kanak, lapor media semalam.
Memetik kenyataan polis, media melaporkan, Maria Rey Garcia-Pellon
menikam suaminya, Matthew White, berkali-kali di kerongkongnya di rumah
mereka di Media, pinggir Philadelphia malam Isnin lalu.
Kata Maria, dia ternampak White menonton filem lucah memaparkan aksi remaja perempuan.“Disebabkan saya sayangkan kanak-kanak, saya terpaksa membunuh suami saya,” katanya. White, 53, pernah membantu universitinya beraksi di perlawanan akhir bola keranjang antara kolej pada 1979.
Selepas menamatkan pengajian, White bermain secara profesional untuk pasukan Portland Trail Blazers serta pernah beraksi untuk kelab di Sepanyol.
Maria - bekas penuntut universiti berprestij di AS - berkata, dia terjaga pada tengah malam dan ke dapur untuk minum.Katanya, ketika itulah dia ternampak suaminya menonton filem lucah.
“Apabila kembali ke bilik tidur, saya membawa pisau dan menikam White,” katanya. Akibat tikaman bertubi-tubi itu, White terjaga dan cuba melawan, tetapi gagal dan menghembus nafas terakhir tidak lama kemudian.
Maria
kemudian menukar pakaian dan pergi ke rumah kawannya sebelum rakannya
itu menghubungi talian kecemasan 911. Sejurus selepas pihak berkuasa
tiba di rumahnya, Maria ditahan sebelum didakwa atas kesalahan membunuh
tahap pertama.[metro]