Cristiano Ronaldo buat pertama kali menjaringkan gol sendiri dalam
kerjayanya yang sekali gus menjadi penyebab kekalahan 0-1 Real Madrid
kepada kelab bawahan La Liga, Granada, semalam.
Kekalahan tersebut turut menambah derita Real yang semakin tipis untuk mempertahankan gelaran yang mereka menangi musim lalu.
Ronaldo yang telah meledakkan sebanyak 21 gol dalam aksi liga musim
ini, menanduk masuk bola ke gawang sendiri pada minit ke-22 dan
pasukannya selepas itu gagal menghadirkan ancaman ke kubu lawan yang
kebal.[utusan]