ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 1 Februari 2013

Afdlin Shauki turut serta ketika Anwar Ibrahim serah sumbangan

Dalam satu majlis yang serba ringkas sempena kunjungan wakil Hamas di Ibu Pejabat Parti KeADILan Rakyat, Tropicana, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sumbangan bernilai USD700,000 ( RM2.2JUTA) kepada wakil pimpinan Hamas.

Tujuan tersebut adalah bagi pembinaan Masjid An-Nour Al-Muhammadi di Gaza, Palestin.Menariknya turut serta adalah seorang seorang Ahli UMNO yang merupakan Pelakon dan juga Pelawak terkenal tanah air Afdlin Shauki.


Afdlin Shauki, dilaporkan pada 3 Januari 2012 telah menyerahkan borang keahlian untuk menyertai UMNO di Ibu pejabat UMNO..

Apakah selepas ini selebriti Afdlin Shauki sebagai akan diambil tindakan oleh UMNO kerana hadir sama dalam upacara yang bersejarahyang melibatkan musuh UMNO no 1 iaitu Anwar Ibrahim ini?

Bersamalah kita nantikannya... 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...