“Saya tidak terkilan dengan kenyataan itu kerana saya tahu itu hak
dia sebagai bapa. Namun, dia perlu tahu yang saya tidak berniat buruk,
cuma mahu menghalalkan hubungan dengan Shila,” kata pelakon, Shaarnaz
Ahmad, 28.
Demikian penjelasan diberikan Shaarnaz sejurus ‘dibelasah teruk’
bapa Shila Amzah, 23, iaitu ND Lala, 51, yang menyifatkannya sebagai ‘biadab’ berikutan tidak menghormati keluarganya dengan mendakwa
penyanyi itu ‘bakal isterinya’.
Harian Metro semalam melaporkan ND Lala menyatakan kekesalan
berhubung tindakan Shaarnaz yang mahu menghantar rombongan merisik
biarpun perancangan mengadakan majlis pertunangan dan pernikahan tidak
pernah diadakan.
Selain itu, penyanyi lagu Diari YB itu turut menegaskan tindakan pelakon terbabit seperti memalukan dirinya dan keluarga sendiri.
Selain itu, penyanyi lagu Diari YB itu turut menegaskan tindakan pelakon terbabit seperti memalukan dirinya dan keluarga sendiri.
Menurut Shaarnaz, sekiranya dia melakukan kesalahan terhadap ND Lala
sekeluarga, dia memohon sejuta maaf selain mahu memperbetulkan konflik
ini.[metro]