ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 31 Oktober 2011

Hotel diperbuat daripada garam

Selalunya hotel dibina menggunakan batu atau kayu tetapi tidak bagi hotel mengagumkan di Bolivia ini, di mana setiap bahagian bangunan, termasuk perabot, dibina menggunakan garam. Hotel de Sal di Colchani, Bolivia, ini dibina di dataran garam Salar de Uyuni yang menjadi tari-kan pelancong di negara Amerika Selatan itu.

Dengan bayaran 84 pound satu malam (RM415), pengunjung boleh menyewa bilik dengan dua katil diperbuat daripada garam. Pemandu pelancong, Pedro Pablo Michel Rocha berkata, ramai pengunjung yang datang ke hotel terletak di selatan negara itu sukar mempercayai ia dibina daripada garam.

“Ada juga orang yang menjilat perabot untuk memastikan ia benar-benar diperbuat daripada garam!,” katanya. Dataran Salar de Uyuni yang dilitupi lapisan garam setebal beberapa meter terbentuk hasil daripada perubahan beberapa tasik di kawasan itu pada zaman purba.[sumber] 
*Cuak aku..Hotel ni mesti tak ada masalah kurang garam dalam masakan .. kih kih kih..

16 Pengkritik Yang Cuak:

  1. mmg hotel ni x pernah kehabisan stok garam r.. hihi

    BalasPadam
  2. Kagumnya kalau di beri peluang adakah amy juga akan berbuat begitu..oh tidakkk hahahaha...

    BalasPadam
  3. uisshh..mesti bau masin hotel ni..hahaha

    BalasPadam
  4. kalo kitchen dowg takde garam bleh la kikis kat cni kannn...hhi

    BalasPadam
  5. bahaya htel nie...boleh kena darah tnggi *garam banyak sangat*

    BalasPadam
  6. dasyat tu buat dari garam..kukuh ke katilnye?hehe..nak try p jilat gak..kahkahkah

    BalasPadam
  7. lau masak kat sini best ni... xyah g kedai beli garam....heheheh

    BalasPadam
  8. dahsyatnya,,ada tak yang nak curik garam2 ni??haha..

    BalasPadam
  9. mesti tukang masak kat hotel ni kalau nak guna garam kikis kat dinding je..;P

    BalasPadam
  10. agak2 kalu msk hotel ni bleh dpt darah tggi x? hahahhaha

    BalasPadam
  11. hish biar betol...kukuh ke struktur die tu....

    BalasPadam
  12. Tak melekit ke tdo ats katil ni? Hahaha~

    BalasPadam
  13. mesti bila hotel ni abis garam,dibantai je garam kat bilik tu...heheee

    BalasPadam
  14. kena darah tinggi kalau makan dinding hotel ni...hihi

    BalasPadam
  15. perghh..masin gila hotel nih..kalau memasak dalam ni ntah pe akan jadinya,mesti ada lubang2 kena korek heeh

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...