ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 8 Oktober 2011

Penjelasan Heliza isu hudud

Semalam enot kali ni  Heliza Helmi pulak tampil dengan harapan dapat menjernihkan keadaan. Hadir bersama pengurusnya, graduan dalam bidang pendidikan ini mengakui emosinya agak terganggu setelah diberitahu mengenai tohmahan yang dilemparkan kepadanya. Berharap dengan penjelasannya, masyarakat dapat memahami situasi sebenar.
“Saya mengetahui perkara ini menjadi perdebatan setelah dimaklumkan pengurus saya, Kak Zeq, yang membacanya di laman sosial, Facebook. “Apabila mendengar perkara itu, ia sedikit mengganggu emosi saya sehingga saya tidak boleh bekerja kerana asyik memikirkan perkara ini. Saya menangis apabila terfikir apa yang sudah saya lakukan, sedangkan pada hemat saya, saya bercakap mengikut pengetahuan saya sahaja.

"Apabila ramai yang bertanya mengenai perkara ini kepada saya, tidak mungkin saya dapat jelaskan kepada setiap individu yang bertanya. Kerana itu, saya tampil hari ini (semalam) agar mereka tahu keadaan sebenar dan berharap ia akan dihentikan serta-merta," katanya kepada Zass.

Lebih memilukan, ada pihak melemparkan tuduhan kepada anak kelahiran Terengganu ini apabila dikatakan sanggup mempertikaikan hukum Tuhan. Bagi empunya diri, bukan sahaja terkejut, malah menangis apabila mengenangkan tanggapan negatif masyarakat terhadap dirinya.[sumber]

*Cuak aku..Serangan di facebook heliza tak de lah seteruk facebook enot sebelum ni.. kalau tengok enot punya fan page lagi sadis..kih kih kih..

26 Pengkritik Yang Cuak:

  1. alah manusia yg menghentam ni pon macam la bgus sangat, menyampah aku. ckp mcm kau tau semua. pdahal ilmu pon ciput.. hahaha

    BalasPadam
  2. lain kli fkir dlu sblm ckp..xtau jgn jwb..ni jwb nga jwapan ntah ape2..

    BalasPadam
  3. ambil pengajaran...masyarakat bkn cetek ilmu..masing ada fikiran & pendapat..jadi kena hati2 bg pendapat huhu

    BalasPadam
  4. hmmm..cian tul kt artis2 nih..senang nk cipta kontroversi...huhu

    BalasPadam
  5. tinggi lgi la trafik ari ni ye..hehe

    BalasPadam
  6. Hudud hukum Allah, berani perlekeh hukum Allah?

    BalasPadam
  7. isu hukum hakam ni mana boleh sembarangan je, orang yg betul2 mendalami dan layak saja yg boleh mengupas

    BalasPadam
  8. wartawan itu sendiri cari pasal gi tanya orang yang tak sepatutnya..alahai..nanti gi tanya ulamak camner nak tingkatkan bakat lakonan ye hahahah kelakarla wartawan tuh

    BalasPadam
  9. itulah dunia artis
    pandai masuk, pandailah kebalkan diri

    BalasPadam
  10. oo tatau plak depa serang mereka kat fan page huhuhu...tau pasal isu ni pun kt group.

    takpe la heliza nxt time berhati2 ye.

    BalasPadam
  11. tulahhhh. lain kali nak cakap tu fikir dulu. jangan main sedap je. kan dah. hasihh..

    BalasPadam
  12. diam-diam cari ilmu kalau ilmu belum cukup...

    BalasPadam
  13. Kalau artis bt ulasan tertaip kat majalah, yg kutuk tu mngkin lagi tak tau...kesian Enot dan Heliza

    BalasPadam
  14. adehh.. hope perkara ni menjadi pengajaran setiap orang :)

    BalasPadam
  15. yelah , dorang kan artis . setiap inci kesalahan mereka akan dikorek sehingga menjadi satu kesalah yang teramat besar ..

    BalasPadam
  16. x berani nk serang org...wpun hya dgn kata2..heheh

    BalasPadam
  17. kalau diajukan soalan yang kita sendiri tiada ilmu atau pengetahuan mengenainya, diam itu lebih baik ... kalau jawab macam ni lah jadinya...

    BalasPadam
  18. cakap kena berfikir guna akal..terlajak kata susahnak undur

    BalasPadam
  19. kalau tak tahu..baik diam je kan..dari cakap macam orang tak tahu hukum...:)

    BalasPadam
  20. lebih baik diam dr tersalah cakap kan..kita ni bukan pandai sgt nak berkata ttg hukum Allah :)

    BalasPadam
  21. wartawan pun satu...setuju ngan syuxer..artis pun jangan laaaa nak tunjuk pandai....bab2 agama ini jgn ikut logik akal bila menjawab

    BalasPadam
  22. hukum Allah jgn jawab berdasarkan akal.. lebih baik diam daripada melemparkan apa jua jenis pandangan..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...