ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 16 Oktober 2011

Bangunan pencakar bumi

JIKA bandar raya lain berbangga dengan pembinaan menara pencakar langit, di tengah Mexico City, arkitek kini sibuk merealisasikan pembikinan bangunan lebih luar biasa - pencakar bumi.Mengikut rancangan, mereka mahu membina bangunan 65 tingkat sehingga 300 meter ke dalam tanah.
Berbentuk seperti piramid terbalik, bangunan itu bakal dibina di ibu negara Mexico dan sepatutnya memiliki ketinggian kira-kira sama dengan bangunan lain di situ.Daripada 65 tingkat itu, setiap 10 daripadanya dikhaskan untuk kediaman dan kedai, selain sebuah muzium serta 35 tingkat lagi untuk dijadikan pejabat.

Di bahagian paling atas bangunan ini dipasang lapisan kaca untuk menutup lubang empat segi sama seluas 240 meter x 240 meter.Selain bertindak sebagai bumbung, ia juga membolehkan cahaya matahari digunakan bagi menerangi bahagian lebih rendah di dalam tanah.

Undang-undang Pusat dan kerajaan mexico melarang sebarang bangunan bersejarah dimusnahkan dan jika ia dibenarkan pun, peraturan semasa mengehadkan pembinaan bangunan hanya setinggi lapan tingkat. Justeru mereka tidak ada pilihan kecuali satu - membina bangunan jauh ke dalam tanah.[sumber]

*Cuak aku..Macam2 bangunan pelik nak di buat..Elok la dalam tanah biasa2 kan diri dengan tanah kan...kih kih kih..

18 Pengkritik Yang Cuak:

  1. pelik2 dorang ni...kang kalau kena gempa ke baru tahu...tertanam dengan bangunan2 tu sekali..hee~

    BalasPadam
  2. macam bangunan cari penyakit je ni..

    BalasPadam
  3. mcm bahaya plak..kang kena himpit tanah mcm mana plak tu..

    BalasPadam
  4. yg peliknyer.. gempa bumi mmg akan tertenam sekali dgn bangunan ... tambahan kalau tiba2 banjir?? x kan lemas semuanyer...

    BalasPadam
  5. kah kah..apo bondo laa ni..kito yg kat sini cukuplah fikirkan yang 5 kaki dalam tu je..haha

    BalasPadam
  6. slalu dengan bangunan pencakar langit je, skrg dh nk buat bangunan pencakar bumi pulak.. macam2 idea tapi msti ada kelemahan jugk kn..

    BalasPadam
  7. erm...dah tak cukup tanah atas muka bumi ni nak buat bangunan kot

    BalasPadam
  8. pelik tapi benar....tapi aku rasa tak sesuai laaa...

    BalasPadam
  9. bagunan ni sesuai digelar bangunan pasak bumi..kalau gempa bumi jgn harap nak dapat diselamatkan...

    BalasPadam
  10. ooo..baru tau.
    done folow
    hai singgah blog saya juga salam kenal kali petma..http://cikwanielovela.blogspot.com/

    BalasPadam
  11. kna telan dgn bumi gak nanti.. hehehe

    BalasPadam
  12. pelik2..biasa la nk lain dr lain kan..

    BalasPadam
  13. sekali black-out atau banjir..petaka...

    BalasPadam
  14. mereka ni kan, ada je idea yg pelik2, cuak cuak hahhaha

    BalasPadam
  15. macamkan??? ish.. kalau dok bawah tanah, sama macam masuk kubur ja la...kan????

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...