ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 10 Oktober 2011

Whitesnake muncul di Kuala Lumpur

Buat pertama kalinya, peminat Whitesnake bakal menyaksikan kumpulan rock legenda yang muncul di persada seni muzik global sejak tahun 1978 itu beraksi secara langsung menerusi konsert di Malaysia.


Dibawakan oleh JS Concert Productions dan Midas Promotion, Konsert Whitesnake Forevermore Live in Kuala Lumpur 2011 dijadualkan berlangsung di Stadium Tertutup Putra Bukit Jalil menjelang pukul 8.30 malam pada 30 Oktober ini.

Lebih menarik ratu rock Malaysia, Ella diberi kepercayaan sebagai artis pembuka tirai konsert kumpulan yang diasaskan oleh bekas vokalis Deep Purple, David Coverdale itu. Selain Coverdale, Whitesnake kini turut dianggotai Dough Aldrich, Reb Beach, Michael Devin dan Briian Trichy.

Pemain gitar Whitesnake, Dough Aldrich dalam kenyataannya menerusi e-mel memberitahu Kosmo! betapa konsert julung-julung kali kumpulan rock itu di Kuala Lumpur itu nanti akan berlangsung dengan penuh kehebatan.[sumber]

*Cuak aku..Aku tengah tunggu bila pulak metallica nak datang malaysia ni..SEBELUM MEREKA MEJADI TUA, kami mahukan METALLICA perform di Malaysia..!!

12 Pengkritik Yang Cuak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...